FAQ (Soalan yang sering ditanya)

  • Bolehkan anda berikan maklumat lanjut tentang Program Hadiah untuk Keadilan (RFJ)?

    Bolehkan anda berikan maklumat lanjut tentang Program Hadiah untuk Keadilan (RFJ)?

    • RFJ, Program Ganjaran Jabatan Kaunter Keganasan Setiausaha Negeri AS, ditubuhkan oleh Akta 1984 untuk Memerangi Keganasan Antarabangsa, Undang-undang Awam 98-533 (termaktub di 22 U.S.C. § 2708). Ditadbir oleh Biro Keselamatan Diplomatik Setiausaha Negeri, matlamat RFJ adalah untuk membawa pengganas antarabangsa ke keadilan dan mencegah perbuatan keganasan antarabangsa terhadap harta atau orang AS. Di bawah program ini, Setiausaha Negeri boleh memberi ganjaran bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan atau sabitan sesiapa sahaja yang merancang, melakukan, membantu, atau cuba tindakan keganasan antarabangsa terhadap harta atau orang AS, yang menghalang perbuatan itu, yang membawa kepada pengenalan atau lokasi pemimpin pengganas utama, atau yang mengganggu pembiayaan keganasan.

      RFJ menyimpan senarai hadiah yang ditawarkan di laman webnya: www.rewardsforjustice.net. Kebanyakan hadiah yang ditawarkan sehingga AS$5 juta. Bagaimanapun, tawaran hadiah ada juga diantara kurang AS$1 juta ke AS$25 juta. Disamping itu, RFJ boleh juga membayar hadiah di dalam kes-kes yang tidak ditawarkan sebelum ini, iaitu di dalam kes-kes tertentu.

      Sejak penubuhannya, RFJ telah membayar lebih AS$150 juta kepada lebih 100 orang individu yang memberi maklumat yang telah dapat menghalang serangan keganasan antarabangsa atau membawa kepada pengadilan mereka yang terlibat di dalam keganasan sebelumnya.

  • Adakah RFJ berkesan?

    Adakah RFJ berkesan?

    • Berkaitan dengan program RFJ, sumber-sumber telah memberi maklumat yang telah menghalang atau bantu menyelesaikan tindakan keganasan antarabangsa terhadap kepentingan A.S. dan membawa ke pengadilan pengganas-pengganas yang paling terkenal di dunia dengan kejahatan mereka. Usaha-usaha pemberi maklumat ini telah dapat menyelamatkan jumlah nyawa yang tidak terkira.

      Di Iraq, contohnya, 18 hari sahaja selepas tawaran hadiah diumumkan untuk Uday dan Qusay Hussein, seorang sumber tampil ke hadapan untuk memberi maklumat tentang lokasi mereka. Satu lagi kes yang banyak dapat pablisiti ialah penangkapan Ramzi Yousef, salah seorang pengebom Pusat Perdagangan Dunia pada tahun 1993 yang dapat dikesan pada tahun 1995 berikutan informasi yang diberikan oleh sumber yang menyambut tawaran hadiah RFJ.

  • Bagaimanakah tawaran hadiah diiklankan?

    Bagaimanakah tawaran hadiah diiklankan?

    • Disamping laman web RFJ, kami juga menggunakan poster, kotak mancis, iklan yang dibayar untuk siaran radio dan akhbar, Internet, dan apa jua jalan bagi membawa ke pengadilan mereka yang bertanggungjawab melancarkan keganasan terhadap Amerika Syarikat.

  • Apakah maklumat yang anda berikan tentang bayaran hadiah?

    Apakah maklumat yang anda berikan tentang bayaran hadiah?

    • Satu aspek utama program ini ialah kami mempastikan bahawa respon terhadap kempen tawaran kami ini tidak didedahkan sama sekali. Malah, yang paling penting ialah kami tidak mendedahkan nama-nama individu yang menerima hadiah, dan sering kami tidak mendedahkan bahawa hadiah telah dibayar. Di dalam beberapa kes-kes yang berprofil tinggi, kami akan mengumumkan pembayaran hadiah, tetapi tidak maklumat yang telah diberikan.

  • Bolehkah anda berikan maklumat terperinci tentang bayaran hadiah?

    Bolehkah anda berikan maklumat terperinci tentang bayaran hadiah?

    • Bayaran yang terbesar setakat ini berjumlah AS$30 juta kepada seorang individu yang memberi maklumat yang membawa kepada lokasi Uday dan Qusay Hussein.

      Ada empat upacara memberi hadiah RFJ di Filipina. Yang terbaru berlaku pada 7 Jun 2007, dengan jumlah hadiah AS$10 juta di majlis itu. Bayaran hadiah RFJ ini yang terbesar di Filipina sejak program ini bermula.

  • Bagaimanakah kami dapat tentukan bahawa bayaran telah dibuat sekiranya tiada maklumat spesifik?

    Bagaimanakah kami dapat tentukan bahawa bayaran telah dibuat sekiranya tiada maklumat spesifik?

    • Seperti yang telah disebut, RFJ kadang kala membuat beberapa pengumuman tentang bayaran hadiah yang berprofil tinggi. Kami juga memberi Kongres AS laporan sulit setelah bayaran hadiah dibuat

  • Apakah maklumat yang akan mendatangkan hadiah? Apakah maklumat yang anda cari?

    Apakah maklumat yang akan mendatangkan hadiah? Apakah maklumat yang anda cari?

    • Anyone who provides actionable information that will either help us prevent or favorably resolve acts of international terrorism against the U.S. anywhere in the world may potentially be eligible for a reward.
      If, for example, a terrorist involved in either the planning or execution of an attack against U.S. persons and/or property is arrested or convicted as a result of information provided by a source, that source may be eligible for a reward.
      In addition, anyone with information regarding the identification or location of a key leader in an international terrorist organization may be eligible for a reward. Rewards may also be paid for information about an individual or organization that is trafficking drugs to finance acts of international terrorism or to raise money to sustain or support a terrorist organization.
      However, under the law that governs the program, U.S., state, local, and foreign government employees are generally not eligible for a reward if they provide information obtained in the performance of their official duties.

      Sesiapa yang memberi informasi yang dapat membantu kami menghalang atau menumpaskan tindakan keganasan antarabangsa terhadap A.S. di mana-mana di dunia ada kemungkinan layak menerima hadiah.

      Sekiranya seorang pengganas, contohnya, terlibat di dalam perancangan atau melakukan sesuatu serangan terhadap seorang rakyat Amerika atau hartabenda A.S. ditangkap atau dihukum akibat maklumat sumber, sumber itu layak terima hadiah.

      Disamping itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan pengenalan atau lokasi pemimpin utama pertubuhan pengganas antarabangsa mungkin layak terima hadiah. Hadiah juga akan dibayar bagi maklumat tentang seorang individu atau pertubuhan yang mengedar dadah bagi membiayai tindakan keganasan antarabangsa atau bagi memberi sumbangan untuk mengekalkan atau menyokong pertubuhan pengganas.

      Bagaimanapun, dibawah undang-undang yang mentadbirkan program ini, kakitangan kerajaan Amerika, kerajaan negeri atau tempatan, serta kakitangan kerajaan asing secara amnya tidak layak terima hadiah sekiranya maklumat didapati ketika menjalankan tugas rasmi masing-masing.

  • Apa akan terjadi sekiranya seorang sumber maklumat menggadai nyawanya untuk memberi maklumat tentang pengganas, dan kemudian sumber itu mendapati dirinya di dalam bahaya. Adakah RFJ akan memberi perlindungan?

    Apa akan terjadi sekiranya seorang sumber maklumat menggadai nyawanya untuk memberi maklumat tentang pengganas, dan kemudian sumber itu mendapati dirinya di dalam bahaya. Adakah RFJ akan memberi perlindungan?

    • Seperti yang telah dibincangkan di atas, menyimpan rahsia adalah satu isu yang paling penting di dalam program RFJ. RFJ rahsiakan identiti sesiapa yang memberi maklumat untuk menyambut tawaran hadiah atau mereka yang menerima hadiah. Tambahan, bantuan untuk berpindah mungkin disediakan bagi sumber dan keluarganya, tetapi hal ini akan dipertimbangkan berdasarkan kes-kes tertentu.

  • Bagaimanakah individu itu mendapat bayaran?

    Bagaimanakah individu itu mendapat bayaran?

    • Each reward nomination is considered on a case-by-case basis. The process for paying a reward is as follows:
      Either a U.S. investigating agency, such as the Department of Defense or the FBI, or a U.S. embassy abroad, must first nominate a person for a reward. An interagency committee then carefully evaluates the information. If the Interagency Rewards Committee believes an individual is eligible for a reward, it recommends that the Secretary of State approve a reward.
      The recommendation of the Committee, however, is not binding. The Secretary of State has complete discretion over whether or not to authorize a given reward, and can change the amount of the reward, within the terms of the law.
      If there is a federal criminal jurisdiction in the matter, the Secretary requests the concurrence of the Attorney General before paying the reward.

      Setiap pencalonan hadiah dipertimbangkan mengikut kes. Proses pembayaran adalah seperti berikut:

      Sama ada agensi kerajaan AS, seperti Jabatan Pertahanan atau FBI, atau kedutaan AS di luar, mesti dahulu mencalonkan seseorang untuk diberikan hadiah. Sebuah jawatankuasa antara agensi kemudian memberi pertimbangan berdasarkan maklumat. Sekiranya Jawatankuasa Hadiah Antara Agensi itu percaya seseorang itu layak menerima hadiah, ianya akan mengesyorkan kepada Setiausaha Jabatan Negara supaya beliau meluluskan pemberian hadiah tersebut.

      Syor yang dibuat oleh Jawantankuasa itu, bagaimanapun tidak terikat. Setiausaha Jabatan Negara mempunyai pertimbangan sendiri di dalam pemberian hadiah, dan juga boleh menukarkan jumlah hadiah tersebut, di dalam terma yang ditetapkan di bawah undang-undang.

      Sekiranya terdapat bidang kuasa jenayah persekutuan di dalam hal tersebut, Setiausaha akan mendapatkan persetujuan Peguam Negara sebelum memberi hadiah.

  • Bagaimanakah jumlah bayaran ditentukan?

    Bagaimanakah jumlah bayaran ditentukan?

    • Jumlah pemberian hadiah adalah berdasarkan beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ancaman pengganas tertentu, tahap bahaya yang tinggi atau kecederaan kepada rakyat Amerika atau kerosakan terhadap harta benda AS, nilai maklumat yang diberikan, risiko yang dihadapi oleh sumber dan keluarganya, dan tahap kerjasama yang diberikan oleh sumber di dalam siasatan atau semasa perbicaraan.

  • Bolehkah anda memberi maklumat terperinci tentang Dana Hadiah untuk Keadilan?

    Bolehkah anda memberi maklumat terperinci tentang Dana Hadiah untuk Keadilan?

    • Rewards for Justice Fund adalah organisasi amal bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan 501(c)(3) yang mana gabungannya dengan program Rewards for Justice Jabatan Negara A.S adalah untuk tujuan meningkatkan dan memberikan sumbangan sektor swasta kepada Jabatan Negara A.S. untuk digunakan dalam mengenal pasti dan menahan para pengganas yang beroperasi di Amerika Syarikat dan di luar negara. Rewards for Justice Fund ini dicipta dan ditadbir oleh sekumpulan warganegara Amerika. Kumpulan ini telah mendatangi Jabatan Negara A.S. tidak lama selepas kejadian serangan 11 September dan meminta kebenaran bagi mengutip dana melalui derma daripada orang ramai bagi menyokong RFJ. Kami telah menyemak cadangan ini dan menyokong usaha Rewards for Justice Fund. Selepas memberikan bantuan pada tahun-tahun selepas kejadian 11 September, RFJ telah dibubarkan pada bulan Ogos 2008.

  • Dengan memberi hadiah, adakah pihak anda menggalakkan pemburu hadiah yang tidak bertanggungjawab?

    Dengan memberi hadiah, adakah pihak anda menggalakkan pemburu hadiah yang tidak bertanggungjawab?

    • Kami sekeras-kerasnya tidak menggalakkan “pemburu hadiah” dan individu-individu bukan kakitangan kerajaan supaya mencari dan menangkap pengganas; sebaliknya RFJ memberi hadiah untuk maklumat yang membolehkan pihak-pihak kerajaan untuk mencari dan menahan pengganas-pengganas tersebut.

  • Sekiranya saya ingin memberi maklumat, siapakah saya hubungi?

    Sekiranya saya ingin memberi maklumat, siapakah saya hubungi?

    • People with information should contact the Regional Security Office at the nearest U.S. embassy or consulate, the FBI, or use the following contact information:
      Mailing address: RFJ, Washington D.C. 20522-0303, USA Toll-free number: 1-800-US-REWARDS Email: [email protected]

      Orang ramai dengan maklumat harus menghubungi Pejabat Keselamatan Rantau (RSO) di Kedutaan atau Konsulat A.S. yang berdekatan, FBI, atau gunakan alamat untuk perhubungan yang berikut:

      Alamat surat-menyurat: RFJ, Washington D.C. 20522-0303, USA Talian Percuma: 1-800-US-REWARDS Emel: [email protected]

  • Saya ingin meminta izin untuk menggunakan bahan-bahan (imej) dari laman web anda untuk presentasi atau cetakan.

    Saya ingin meminta izin untuk menggunakan bahan-bahan (imej) dari laman web anda untuk presentasi atau cetakan.

    • Melainkan hakcipta dinyatakan, maklumat di dalam laman web ini untuk kegunaan orang ramai dan boleh disalin dan dicetak semula, atau digunakan tanpa izin RFJ. Kami minta supaya RFJ dinyatakan sebagai sumber bahan-bahan, dan sebarang kredit untuk gambar-gambar diberi kepada jurugambar atau penulis atau RFJ sebagaimana yang patut.

      Sekiranya hakcipta dinyatakan di dalam sekeping gambar, grafik, atau bahan-bahan lain, izin harus didapat dari sumber asal untuk membuat salinan bahan-bahan ini. Tambahan, anda mesti sedar bahawa statut jenayah 18 U.S.C. 713, melarang penggunaan Lambang Agung Amerika Syarikat di dalam keadaan tertentu seperti yang digariskan di dalam seksyen tersebut; oleh itu, kami sarankan anda berunding dengan peguam sebelum menggunakan Lambang Agung di dalam apa jua konteks.