Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Abdullah Ahmed Abdullah

Sehingga AS$10 Juta

Abdullah merupakan seorang pemimpin senior al-Qa’ida dan seorang ahli dewan kepimpinan al-Qa’ida yang disebut dengan “majlis al-shura.” Abdullah merupakan seorang pegawai kewangan, fasilitator dan perancang operasi yang berpengalaman bagi al-Qa’ida.

Abdullah telah didakwa dan dituntut oleh dewan juri persekutuan pada bulan November 1998 atas peranannya dalam pengeboman kedutaan besar AS di Dar es Salaam, Tanzania dan Nairobi, Kenya pada tarikh 7 Ogos 1998. Serangan-serangan tersebut telah membunuh 224 orang awam dan mencederakan lebih dari 5,000 orang lain.

Pada tahun 1990an, Abdullah menyediakan latihan ketenteraan kepada pelaku operasi al-Qa’ida serta anggota suku Somalia yang berperang melawan pasukan AS di Mogadishu pada saat Operation Restore Hope (Operasi Mengembalikan Harapan) dari tahun 1996-1998, ia telah mengendalikan banyak tempat latihan al -Qa’ida di Afghanistan.

Setelah pengeboman kedutaan besar, Abdullah berpindah ke Iran di bawah perlindungan Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) (Kor Pengawal Revolusi Islam) Iran. Pada tahun 2003, pihak berkuasa Iran menempatkan Abdullah dan pemimpin-pemimpin al-Qa’ida lain dalam tahanan rumah. Pada bulan September 2015, Abdullah dan pemimpin-pemimpin kanan al-Qa’ida lain telah dibebaskan daripada penahanan Iran untuk pertukaran dengan seorang diplomat Iran yang diculik oleh al-Qa’ida di Yaman.

Foto tambahan

Foto bagi Abdullah Ahmed Abdullah
English AAA and SaA PDF