Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Abdul Zakir

Sehingga AS$5 Juta

Abdul Rauf Zakir, juga dikenali sebagai Qari Zakir, ialah ketua operasi berani mati untuk Rangkaian Haqqani dan komander operasi di Kabul, Takhar, Kunduz dan wilayah-wilayah Baghlan, Afghanistan. Zakir bertanggungjawab menguruskan program latihan Rangkaian Haqqani, yang termasuk arahan berhubung senjata kecil, senjata berat dan pembinaan peranti letupan reka ganti (IED).

Zakir menghubungi ketua Rangkaian Haqqani, Sirajuddin Haqqani pada tahun 2008, meminta bantuan kewangan sebagai balasan mengembangkan pengaruh kumpulan dan operasi ke Afghanistan utara, dan telah menjadi rakan sekutu kepercayaan dan setiawan Sirajuddin. Beliau telah terlibat dalam banyak serangan berani mati berprofil tinggi Rangkaian Haqqani dan bertanggungjawab sebahagiannya dalam membuat keputusan muktamad sama ada hendak meneruskan serangan besar-besaran yang dirancang oleh komander tahap daerah tempatan atau tidak. Serangan yang menggunakan orang yang dipilih daripada program latihan Zakir termasuk serangan 2010 ke atas pangkalan angkatan tentera pakatan Salerno dan Chapman; serangan Jun 2011 ke atas Hotel Intercontinental, yang telah membunuh 11 orang awam dan dua pegawai polis Afghanistan; dan serangan September 2011 ke atas Kedutaan A.S. Embassy di Kabul, yang telah membunuh 16 warga Afghanistan, termasuk sekurang-kurangnya enam kanak-kanak.

Jabatan Negara A.S. menetapkan Abdul Rauf Zakir sebagai Pengganas Global Tentuan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224 pada 5 November 2012.

Rangkaian Haqqani ialah kumpulan militan yang diasaskan oleh Jalaluddin Haqqani, komander medan pertempuran Afghanistan dari tahun 1980an yang menentang Kesatuan Soviet. Rangkaian Haqqani bersatu denngan Taliban dan al-Qaida Afghanistan dan berusaha untuk mewujudkan semula pemerintahan Taliban di Afghanistan. Rangkaian Haqqani sebahagian besarnya berpangkalan di Waziristan Utara, Pakistan, dan menjalankan operasi rentas sempadan ke Afghanistan timur dan Kabul. Haqqani dianggap kumpulan pemberontak yang paling berbahaya yang mensasarkan anggota tentera Pakatan dan Afghanistan di Afghanistan.

Rangkaian Haqqani telah merancang dan menjalankan beberapa penculikan dan serangan ke atas Anggota Tentera A.S. dan Pakatan di Afghanistan, juga sasaran kerajaan dan orang awam Afghanistan. Antara serangan paling dahsyat kumpulan ini termasuk serangan ke atas Hotel Intercontinental di Kabul pada Jun 2011, yang telah membunuh 11 orang awam dan dua pegawai polis Afghan; pengeboman lori September 2011 di Wilayah Wardak, Afghanistan, yang telah mencederakan 77 askar A.S.; serangan 19 jam ke atas Kedutaan A.S. dan ibu pejabat Angkatan Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Kabul pada September 2011; serangan bom berani mati Jun 2012 ke atas Pangkalan Barisan Hadapan Salerno, yang membunuh dua askar A.S. dan mencederakan lebih daripada 100; dan pengepungan 12 jam ke atas Hotel Spozhmai di Kabul pada Jun 2012, yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 18 warga Afghanistan, termasuk 14 orang awam.

Jabatan Negara A.S. telah menetapkan Rangkaian Haqqani sebagai Organisasi Pengganas Asing pada 19 September, 2012.