Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Abdul Rahman Yasin

Sehingga AS$5 Juta

Abdul Rahman Yasin membantu secara langsung perancang keganasan utama Ramzi Ahmed Yousef yang melakukan pengeboman Pusat Perdagangan Dunia di Bandaraya New York pada Februari 1993. Yousef dan Yasin memandu sebuah van penuh dengan bahan letupan ke dalam bahagian paling bawah Pusat Perdagangan Dunia, membunuh enam orang dan mencederakan lebih seribu orang. Yasin melarikan diri daripada Amerika Syarikat sebaik selepas pengeboman untuk mengelakkan dari ditangkap.

Selepas pengeboman, pihak penguatkuasa mendapat bukti yang membawa kepada pendakwaan dan penahanan beberapa suspek keganasan yang terlibat di dalam pengeboman, termasuk Yasin.

Yasin dilahirkan di Amerika Syarikat, berpindah ke Iraq pada tahun 1960an, dan kembali ke A.S. pada musim gugur 1992. Ia memegang pasport A.S.

Individu yang disenaraikan di atas telah didakwa di bawah tuduhan berikut:

Merosakkan dengan menggunakan api atau bahan letupan; merosakkan dengan menggunakan api atau bahan letupan terhadap harta benda A.S. Mengangkut bahan letupan di antara negeri; merosakkan kereta-kereta atau kemudahan kenderaan; bermuafakat untuk melanggar undang-undang atau menipu A.S.; membantu dan menggalakkan; hukuman mati atau penjara seumur hidup apabila pembunuhan berlaku; serangan terhadap pegawai kerajaan yang sedang bertugas; dan melakukan perbuatan jenayah ganas menggunakan senjata atau alat yang boleh membawa maut.

Foto tambahan

Abdul Rahman Yasin