Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Abdul Saboor

Sehingga AS$3 Juta

Abdul Saboor ialah pakar bahan letupan yang dikaitkan dengan Hezb-e Islami Gulbuddin (HIG).

Saboor bertanggungjawab terhadap serangan berani mati peranti letupan reka ganti bawaan kenderaan (SVBIED) pada 16 Mei 2013 di Kabul, Afghanistan, yang memusnahkan SUV bersenjata A.S., membunuh dua orang askar dan empat orang kontraktor orang awam A.S., lapan orang Afghanistan—termasuk dua orang kanak-kanak—dan mencederakan sekurang-kurangnya 37 yang lain.

Saboor dan pakar bahan letupan HIG, Abdullah Nowbahar merupakan peserta utama dalam serangan SVBIED 18 September, 2012 terhadap sebuah bas yang membawa pekerja asing Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, di mana lebih dua belas orang terbunuh.