Dikehendaki
Maklumat yang membawa ke muka pengadilan...

Abderraouf Ben Habib Jdey

Sehingga AS$5 Juta

Abderraouf Jdey, juga dikenali sebagai Farouq al-Tunisi, mempunyai sejarah yang lama di dalam kaitannya dengan kumpulan-kumpulan keganasan. Ia berkaitan rapat dengan operatif-operatif al-Qa’ida dan terlibat di dalam rancangan untuk menjalankan operasi tebusan/operasi pengganas. Jdey adalah rakan suspek keganasan Tunisia Faker Boussora, dan kedua mereka mungkin pernah mengembara bersama-sama.

Jdey meninggalkan negara asalnya di Tunisia pada 1991 dan bermastautin di Montreal, Canada, dan menjadi rakyat Canada pada tahun 1995. Waktu di Canada, Jdey belajar biologi di Universiti University Montreal dan sering berjemaah di Masjid Assunna di Montreal.

Jdey meninggalkan Canada pada 1999 dan menerima latihan kombat dan menimba pengalaman di Afghanistan sepanjang 2000. Ia terlibat di dalam pertempuran melawan Pakatan Utara Afghanistan dan menulis sepucuk surat yang menyatakan niatnya mati syahid dalam berjihad. Pada masa tersebut, Jdey juga kelihatan di dalam satu video perihal mati syahid yang dikenali luas dan yang dijumpai di dalam rumah seorang pemimpin al-Qa’ida pada 2001.

Sekembalinya ke Montreal pada 2001 di mana Jdey berkawan dengan puak pelampau tentang cara untuk berjihad, Jdey meninggalkan Canada. Pihak berkuasa khuatir Jdey mungkin akan cuba pulang ke Canada atau Amerika Syarikat untuk merancang atau melibatkan diri di dalam serangan pengganas.

Foto tambahan

Foto tambahan bagi Abderraouf Ben Habib Jdey
Foto tambahan bagi Abderraouf Ben Habib Jdey